VISI 

 Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia 

 

MISI 

 Untuk meningkatkan penawaran tenaga manusia bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing di bidang sains dan teknologi. 

 

OBJEKTIF MAKTAB RENDAH SAINS MARA 

Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 , bertujuan memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan Pra Universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar Bumiputera yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi. 

Matlamat kurikulum di MRSM ialah untuk mencapai kecemerlangan akademik, keseimbangan sahsiah, kecenderungan usahawanan dan kecergasan fisikal; untuk mengujudkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif, terbuka, sihat, luas dan mendalam serta mempunya semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi.