PEMBANGUNAN PELAJAR

Bahagian Pembangunan Pelajar bertanggungjawab dalam mentadbir dan menguruskan semua hal-hal yang berkaitan  dengan pelajar seperti kebajikan dan keselamatan pelajar, disiplin, homeroom, asrama dan bimbingan pelajar. Bahagian Pembangunan Pelajar di MRSM Baling diketuai dan diuruskan oleh Encik Mustafa Bin Osman, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar. 

 

PERANGKAAN PELAJAR 

MRSM Baling mempunyai kumpulan pelajar iaitu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Berdasarkan data terkini maktab pada Semester ke-2 2017, seramai 194 orang pelajar Tingkatan 1, 188 pelajar Tingkatan 2, 145 pelajar Tingkatan 3, 178 orang pelajar Tingkatan 4 dan 163 orang pelajar Tingkatan 5 sedang mengikuti pengajian di MRSM Baling.

Pelajar Menengah Rendah adalah di bawah program Dwi-sijil iaitu IGCSE dan PT3, di samping program pendidikan MARA yang sedia ada. Program PT3 bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, manakala program IGCSE akan berterusan sehingga ke Tingkatan 4. Pengambilan pelajar adalah berdasarkan kepada permohonan pelajar, tetapi perlu melalui proses Ujian Khas dan temuduga.